Thursday, April 15, 2010
Napier, napier, napier...
Setiap kali menghadiri kursus penternakan samaada kursus ternakan lembu, kambing dan sebagainya, rumput jenis Napier ni mesti ada disebut oleh tutor ataupun pensyarah.
Benihrumput sendiri pun bila habis kursus, dalam kepala ni bila nak bagi kambing makan je, takde benda lain, napier,napier, napier, selain daripada dedak la.Habis tanah yang ada tu ditanam napier.Dah orang yang bagi ceramah tu asyik sebut pasal napier je, ikut je la, kan. Mungkin tuan-tuan pernah mengalami peristiwa yang sama macam benihrumput ni.
Sebut pasal mister Napier ni, kalau tanam napier mesti kena/terpaksa ada 'benda' tu.Benda tu yang benihrumput maksudkan tu adalah ape lagi kalau bukan mesin chopper yang harganya boleh tahan jugak.Kira barang wajib la kena ada bila tanam encik Napier ni.Habis lagi 2-3 ribu beli menatang tu.
Para penternak macam benihrumput ni sebenarnya kekurangan pilihan, sampai satu hari benihrumput diperkenalkan oleh member yang dia kata sebagai alternatif untuk napier, mungkin lebih efektif dan lebih ekonomi daripada mister Napier yang satu ni.
Sejak hari tu lagi benihrumput tak lagi menggunakan napier sebagai satu-satunya makanan untuk kambing benihrumput, dah dekat setahun mesin chopper tak berbunyi dan bulan lepas mesin tu selamat dijual..alhamdulillah.
Itu sajalah buat masa sekarang, benihrumput nak gi bagi kambing makan pulak.
Jumpa lagi.
Benih rumput untuk lembu, kambing dan kuda
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Blog ini khusus untuk para penternak lembu, kambing dan kuda diluar sana yang tercari-cari jenis-jenis rumput yang sesuai untuk ternakan mereka.
Di sini kami meyediakan 6 jenis rumput untuk pilihan...
purple guinea, ruziziensis, hamata stylo, stylo ciat, atratum plicatulum dan atratum paspalum.
hah..menatang rimau apa tu..mungkin ramai yang tertanya-tanya ape ke benda nama-nama pelik tu..
ha..ha..jangan risau, dalam sedikit masa lagi benih rumput akan menerangkan secara jelas yang mungkin kepada saudara-saudari semua jenis-jenis rumput yang sesuai untuk ternakan tuan-tuan sekalian.
Memandangkan blog ini baru diwujudkan, masih banyak lagi yang benih rumput perlu buat.
Setakat ini saja dulu untuk perkenalan, see ya..

Subscribe to:
Posts (Atom)